29.1.12

Jumaat di Vatican City


Apa khabar semua? Semoga dalam naungan Allah sentiasa. Mesti korang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan tajuk yang saya berikan ni…. Haha. Sebenarnya hari ni kami nak melawat Vatican City dan Colosseum. Cumanya hari ni hari Jumaat dan kami menggunakan rukhsah tidak wajib solat Jumaat bagi musafir. Instead of going to the mosque pada hari tersebut, kami memulakan pagi kami dengan melawat Colosseum. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak 12 EURO untuk akses ke Colosseum, Palatino dan Roman Forum. Sayangnya Palatino dan Roman Forum tidak dapat kami lawati kerana demonstrasi kenderaan awam di Italy.
Colosseum merupakan salah satu mercu tanda terpenting Bandar Rom. Ia menggambarkan kegemilangan empayar Rom dengan pembinaan gelanggang tempat para gladiator menyabung nyawa untuk nyawa mahupun kemasyhuran. Setinggi beberapa tingkat, hanya mendapat akses ke tingkat bawah dan satu bangunan. Dari satu, terlihat senibina colosseum yang halus dan telah bertahan sejak sekian lama.
Selesai di colosseum, kami menjamu selera di salah satu dari bermacam restoran halal di Termini. Dengan 5 Euro, kami boleh mendapat sepinggan nasi briani. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke Vatican City, bandar yang banyak diceritakan dalam kebanyakan filem seperti Angel and Demons. Kami mengambil masa hampir setengah jam untuk beratur memasuki Basilica San Pietro, gereja utama Vatican City yang telah beroperasi sejak zaman empayar Rom. Di dalamnya, anda boleh dapati pelbagai ukiran dan arca-arca yang dihasilkan dengan begitu teliti.
Selesai di Vatican City, kami cuba mencari masjid di kawasan sekitar Cavour. Alhamdulillah, kami menemukan masjid untuk kami sembahyang maghrib. Masjid yang dikelolakan oleh bangsa India ini sangat menarik dan bersih. Kecil di luar tapi besar di dalam. Kami rasa gembira sebentar dapat bertemu saudara seagama di tengah-tengah banda Eropah yang sosial ini. Kami berehat sebentar di masjid sebelum meneruskan perjalanan ke stesen bas untuk mengambil bas ke Pompeii.
Kesimpulan penting yang saya dapat hari ini adalah jadikan usaha mencari masjid di Bandar-bandar Eropah salah satu agenda anda kerana anda boleh menemukan pertolongan di sana dan yang menarik juga, anda dapat merasai suasana masyarakat Islam di sana.

No comments: