10.2.11

Khuf


Bismillahirrahmanirrahim.

Bersempena jaulah kami ke Greece, Bulgaria dan Istanbul, wakil kami telah menuntut beberapa ilmu feqah yang bersesuaian dengan feqah musafir di musim sejuk. Rujukan kami ialah, guru agama yang tidak asing lagi dalam kalangan pelajar perubatan di bumi anbia', Ustaz Mohd Norazam Bahador.

Post pertama perihal feqah kali ini, kami ingin berkongsi tentang penggunaan alas kaki yang dinamakan akan ia 'khuf'.


Definisi bagi khuf ialah, alas kaki yang dibuat daripada kulit yang dijual di kedai-kedai samada di Tauhid Wannur atau di Medan Giza berhampiran Masjid Istiqamah. Harganya mencecah 25 LE. Penggunaannya tidak boleh diganti dengan kasut atau stoking.

Baik.

Apa yang istimewa akan penggunaannya ialah, jika pengguna berwudhu' terlebih dahulu, kemudian, barulah menyarungnya, jika wudhu' terbatal dalam keadaan memakai khuf, untuk kembali suci dari hadas kecil, pengguna hanya perlu menyapu air di atas permukaan khuf sebagai ganti membasuh kaki selepas membasuh anggota lain seperti biasa.

Syarat berkaitan penggunaan khuf ini ialah:
1. Menggunakan khuf, bukan kasut, stoking, selipar, crocs dan lain-lain.
2. Berwudhu' terlebih dahulu sebelum menyarung khuf.
3. Menyapu air pada khuf, bukan pada kasut jika memakai khuf di dalam kasut.
4. Penggunaannya terbatal jika;
i. Setelah 72 jam bermula ketika wudhu' selepas terbatal wudhu' semasa memakai khuf.
ii. Menanggalkan khuf.
iii. Berhadas besar.

Wallahua'lam.

******************************

This article was written by Afifi, proofread by Faiz, posted by me.
Thank you.

No comments: