Apa khabar semua? Semoga dalam naungan Allah sentiasa. Mesti
korang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan tajuk yang saya berikan ni….
Haha. Sebenarnya hari ni kami nak melawat Vatican City dan Colosseum. Cumanya
hari ni hari Jumaat dan kami menggunakan rukhsah tidak wajib solat Jumaat bagi
musafir. Instead of going to the mosque pada hari tersebut, kami memulakan pagi
kami dengan melawat Colosseum. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak 12 EURO
untuk akses ke Colosseum, Palatino dan Roman Forum. Sayangnya Palatino dan
Roman Forum tidak dapat kami lawati kerana demonstrasi kenderaan awam di Italy.
Colosseum merupakan salah satu mercu tanda terpenting Bandar
Rom. Ia menggambarkan kegemilangan empayar Rom dengan pembinaan gelanggang
tempat para gladiator menyabung nyawa untuk nyawa mahupun kemasyhuran. Setinggi
beberapa tingkat, hanya mendapat akses ke tingkat bawah dan satu bangunan. Dari
satu, terlihat senibina colosseum yang halus dan telah bertahan sejak sekian
lama.
Selesai di colosseum, kami menjamu selera di salah satu dari
bermacam restoran halal di Termini. Dengan 5 Euro, kami boleh mendapat
sepinggan nasi briani. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan dengan berjalan
kaki ke Vatican City, bandar yang banyak diceritakan dalam kebanyakan filem
seperti Angel and Demons. Kami mengambil masa hampir setengah jam untuk beratur
memasuki Basilica San Pietro, gereja utama Vatican City yang telah beroperasi
sejak zaman empayar Rom. Di dalamnya, anda boleh dapati pelbagai ukiran dan arca-arca
yang dihasilkan dengan begitu teliti.
Selesai di Vatican City, kami cuba mencari masjid di kawasan
sekitar Cavour. Alhamdulillah, kami menemukan masjid untuk kami sembahyang
maghrib. Masjid yang dikelolakan oleh bangsa India ini sangat menarik dan bersih.
Kecil di luar tapi besar di dalam. Kami rasa gembira sebentar dapat bertemu
saudara seagama di tengah-tengah banda Eropah yang sosial ini. Kami berehat
sebentar di masjid sebelum meneruskan perjalanan ke stesen bas untuk mengambil
bas ke Pompeii.
Kesimpulan penting yang saya dapat hari ini adalah jadikan
usaha mencari masjid di Bandar-bandar Eropah salah satu agenda anda kerana anda
boleh menemukan pertolongan di sana dan yang menarik juga, anda dapat merasai
suasana masyarakat Islam di sana.
No comments:
Post a Comment